Thursday, February 05, 2009
Dalam keghairahan (dan kejakunan) untuk mengajar murid tuisyenku buat julung kalinya di kawasan Woodlands, alangkah gembiranya aku, apabila harapan dan doaku dimakbulkan. Muridku ini agak cerdik dan sangat ceria. Alhamdulillah. Ibu bapanya juga telah membuat saya sangat selesa mengajar di rumah mereka, walaupun mereka bukanlah kau masyarakat Melayu Islam. Mentelah lagi, dalam perjalanan ku ke rumahnya, aku pun terjumpa sebuah kawasan membeli-belah yang kecil, yang bernama Woodlands North Plaza. Di dalam jangka hampir 7 tahun ku telah menatap di kawasan Woodlands, inilah kali pertama aku menjumpai kawasan ini dengan secara tidak sengaja. Bertambahlah lagi keriangan yang bermain di hatiku itu. Aku terasa amat bangga, kerana dapat mendiscover dan menjelajahi kawasan perumahan Woodlands ini yang luas bak hutan rimba Amazon. Sila diam jika anda sudah pun dapat tahu bahawa aku sangat kental tiap-tiap kali berada di Woodlands walaupun ia kawasan kediaman ku. Setiap kali aku merantau (macam lah jauh) ke daerah yang lebih dari 2 kilometer dari rumahku, aku akan terasa bagaikan rusa masuk ke kampung. Sesat. Sebab itulah, di dalam perjalanan pulang, aku mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke bus stop. Namun, aku sempat pun terserempak dengan sekumpulan jejaka-jejaka muda yang sedang kemaruk menyanyi lagu terkenal si Apit dengan semangat dan sungguh-sungguhnya, di mana dia menyanyikan kisah nasib seseorang di penjara. Sangatlah cute. Aku telah pun lupa judul lagu itu. Sedih. Ok. Bye.
Labels: bobal konzz
X O X O; 9:44 pm